Friday, January 29, 2010

KENAPA PENIAGA MELAYU dikenakan SYARAT

Sekali imbas, kita fikir KOMUNITI MELAYU telah mengenakan SYARAT keatas PENIAGA MELAYU sekiranya MAHU premis dikunjung dan produk dilanggan. Apakah ini jadi suatu tindakan tata-tertib/disiplin keatas PENIAGA MELAYU.

KOMUNITI MELAYU seolah menghukum PENIAGA MELAYU yang tidak mengikut DISIPLIN didalam PERNIAGAAN RUNCIT. Antara SYARAT tersebut ialah seperti berikut:

a. HARGA PRODUK: Jualan mestilah murah sepertimana harga yang ditawar peniaga China dan pasaraya.

b. LETAK BARANG: Barang didalam premis mestilah disusun cantik,teratur agar mudah dilihat dan mudah dipilih.

c. JENIS BARANG: Semua barang mestilah lengkap menurut keperluan/permintaan pelawat yang berkunjung.

d. SIKAP SERVIS: Premis mestilah beri servis baik kepada pembeli/pelanggan. Ia mestilah ramah, cepat dan bagus.

Olih itu, PENIAGA MELAYU mestilah mendapat BEKAL YANG CUKUP dari pengedar/pemborong. Ertinya 'setok level control' mestilah diwujudkan dan diselia hari-hari tiap minggu. Selain itu ialah PENIAGA MELAYU mestilah mengguna ORANG yang SIHAT sebagai pembantu beliau.

No comments:

Post a Comment