Friday, January 22, 2010

PRODUK KUIH MELAYU

KUIH MELAYU dulu dijaja olih budak pompuan secara berjalan dari rumah ke rumah. Mereka mengendong bakul/bujam yang dipenuhi berbagai kuih. Selain itu, KUIH MELAYU juga diletak di gerai makan-minum MELAYU.

Saya fikir keadaan seperti itu amat leceh dan sedikit sahaja KUIH MELAYU dapat dijual setiap hari. KUIH MELAYU hampir tidak terdapat di Pasaraya sebagaimana roti/burger. Malah, tidak terdapat Restoren menyediakan KUIH MELAYU. Kenapakah keadaan begini terjadi.

Saya telah memikir keadaan ini dan mengkaji sebab terjadi begitu. Jawabnya ialah PENIAGA MELAYU tidak beri perhatian. Mereka beri tempat/ruang kepada ROTI, AKHBAR dan seumpamanya. Di Pasar Malam pun, KUIH MELAYU tidak dijual sesiapa sehingga tahun 1970. Mereka yang berniaga KUIH MELAYU pun ketika itu diselangi bihun, mee, laksa dsb.

Sejak tahun 1980, saya mulai berniaga KUIH MELAYU secara besar dan teratur. Sejak itu,saya lihat ramai PEMBELI datang dan pesan. Malah BEKAL tidak cukup karena permintaan untuk JAMUAN, HIGANGAN RINGKAS juga MAKANAN SEGERA. Saya telah menambah jumlah PEMBEKAL dari kalangan SURI-RUMAH. Seramai 40 suri-rumah DATANG dan mereka setuju menyediakan BEKAL HARIAN.

Olih itu, saya yakin bahawa KUIH MELAYU bukanlah tak laku tapi ia tidak diurus olih PENIAGA MELAYU yang rasa tak yakin. Saya telah menyiarkan KUIH MELAYU didalam internet melalui website percuma saya dan banyak pehak berminat untuk mendapat BEKAL dari saya. Tapi, saya tidak berdaya mencari SURI RUMAH lagi karena mereka memilih roti pulak. Namun, perniagaan KUIH MELAYU ini masih berpotensi sebagai komersil dalam KOMUNITI MELAYU skrg.

Sesiapa berhajat mendapat BEKAL, sila kontek saya atau ajen jualan saya.

No comments:

Post a Comment