Saturday, December 11, 2010

Anak Rosyam

Posted by PicasaLihat ANAK ROSYAM

Sunday, May 2, 2010

PRODUK MELAYU

Apakah GEJALA SOCIAL jadi PRODUK MELAYU. Lu fikir?

Wednesday, February 3, 2010

BERKONGSI DENGAN RAKAN

PENIAGA MELAYU apabila bergabong dengan rakan bagi membesar PERNIAGAAN RUNCIT kerap mengalami kisah yang sedih. Ini disebabkan RAKAN-KONGSI berpaling tadah seolah PERNIAGAAN RUNCIT yang mereka jalan itu milik mereka. Maka KUTIPAN/JUALAN tiap hari tidak diserah kepada PENIAGA MELAYU berkenaan.

Malah RAKAN KONGSI boleh berkata tidak apabila ditanya mengenai JUMLAH BELANJA dan HARGA BELIAN yang telah diluluskan PENIAGA MELAYU. Akibatnya, PENIAGA MELAYU berkenaan terpaksa pecah kongsi.

Friday, January 29, 2010

KENAPA PENIAGA MELAYU dikenakan SYARAT

Sekali imbas, kita fikir KOMUNITI MELAYU telah mengenakan SYARAT keatas PENIAGA MELAYU sekiranya MAHU premis dikunjung dan produk dilanggan. Apakah ini jadi suatu tindakan tata-tertib/disiplin keatas PENIAGA MELAYU.

KOMUNITI MELAYU seolah menghukum PENIAGA MELAYU yang tidak mengikut DISIPLIN didalam PERNIAGAAN RUNCIT. Antara SYARAT tersebut ialah seperti berikut:

a. HARGA PRODUK: Jualan mestilah murah sepertimana harga yang ditawar peniaga China dan pasaraya.

b. LETAK BARANG: Barang didalam premis mestilah disusun cantik,teratur agar mudah dilihat dan mudah dipilih.

c. JENIS BARANG: Semua barang mestilah lengkap menurut keperluan/permintaan pelawat yang berkunjung.

d. SIKAP SERVIS: Premis mestilah beri servis baik kepada pembeli/pelanggan. Ia mestilah ramah, cepat dan bagus.

Olih itu, PENIAGA MELAYU mestilah mendapat BEKAL YANG CUKUP dari pengedar/pemborong. Ertinya 'setok level control' mestilah diwujudkan dan diselia hari-hari tiap minggu. Selain itu ialah PENIAGA MELAYU mestilah mengguna ORANG yang SIHAT sebagai pembantu beliau.

Sunday, January 24, 2010

KEUSAHAWAN SOCIAL

Terokai Keusahawanan Sosial> > > Saya berkecimpung dalam bidang keusahawanan sosial di kota London> sejak kira-kita tiga tahun lalu. Kini saya menguruskan tiga projek> bernilai kira-kira RM2.5 juta untuk membantu keusahawanan sosial di> seluruh England mendapatkan kontrak mengendalikan perkhidmatan> kesihatan, pendidikan, dan juga untuk memenangi kontrak daripada pihak> berkuasa sukan Olimpik yang akan diadakan di London pada tahun 2012.> > Walaupun keusahawanan sosial masih baru, kerajaan Britain> bersungguh-sungguh mahu membangunkannya. Malahan sebuah kementerian> khusus telah diberi tanggungjawab menyelia strategi kerajaan terhadap> keusahawanan sosial dan lain-lain organisasi dalam 'sektor ketiga'.> Walaupun ekonomi United Kingdom kini merudum, komitmen kerajaan terus> kekal. > > > Keusahawanan sosial bukan badan kebajikan. Keusahawanan sosial> merupakan perniagaan yang bermatlamatkan memaksimakan keuntungan.> Tetapi operasi perniagaan tersebut membolehkannya membantu> menyelesaikan sesuatu isu sosial atau alam sekitar. Keuntungan tetap> penting kerana hanya perniagaan yang untung sahaja boleh menyumbang> kepada negara. > > >

Model yang diguna pakai oleh keusahawanan sosial ialah model> perniagaan kapitalis yang diserikan dengan etos untuk menyumbang ke> arah pembangunan masyarakat. Bagi saya model enterprais sosial ini> merupakan pelengkap, bukan pengganti kepada model perniagaan biasa.> > Contohnya Restoran Fifteen di yang diusahakan oleh chef terkemuka> Britain, Jamie Oliver. Jika kita menjejak kaki ke restoran tersebut,> kita akan segera sedar bahawa ia merupakan sebuah restoran yang> berkualiti tinggi. Harga makanan di situ pun boleh tahan mahal. Tidak> ramai yang tahu bahawa ia merupakan sebuah keusahawanan sosial yang> berjaya. > Fifteen ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda yang tersisih> daripada masyarakat agar mempunyai keyakinan diri. Restoran tersebut> memberi peluang pekerjaan dan latihan intensif kepada anak-anak muda> yang menganggur, ketagih dadah atau alkohol, serta yang terbuang dari> rumah. Mereka dilatih untuk menjadi chef, pengurus restoran, dan> pelayan restoran berkualiti tinggi. 'Graduan' daripada Fifteen dibantu> mendapat pekerjaan lain setelah tamat latihan. Fifteen mula dibuka pada> tahun 2002 dengan lima belas orang pelatih. Menjelang tahun 2007 ia> mempunyai 90 orang pelatih dengan pusing ganti mencecah £4juta> (RM21.2juta) . Kualiti perkhidmatan anak-anak muda ini begitu diiktiraf> sehinggakan mereka mendapat kontrak untuk menyediakan makanan kepada> para pemimpin dunia yang hadir ke persidangan G20 di London baru-baru> ini.> > Contoh kedua ialah Bulky Bob's yang beroperasi di Liverpool.> Syarikat ini ditubuhkan untuk mengurangkan jumlah perabut dan alat-alat> elektrik seperti mesin basuh, televisyen, dan peti sejuk yang dibuang> kerana ia boleh merosakkan alam sekitar. Biasanya khidmat memungut> barang terbuang daripada rumah-rumah disediakan oleh pihak berkuasa> tempatan (PBT). Tetapi, PBT di Liverpool memberikan kontrak memungut> barang terbuang kepada Bulky Bob's. Dengan cara ini, PBT tersebut> menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu menggaji pekerja jangka> panjang. Semuanya diserahkan kepada pihak swasta, iaitu Bulky Bob's,> yang jauh lebih efisien. > > >

Dengan kontrak PBT tersebut Bulky Bob's menyediakan khidmat pungutan> barang terbuang rumah ke rumah. Sekitar 65 peratus daripada barang yang> dipungut di kitar semula. Bulky Bob's memperbaiki barang-barang> tersebut untuk dijual semula dengan harga yang rendah. Ada juga yang> diberikan secara percuma kepada mereka yang benar-benar tidak> berkemampuan. Bukan itu sahaja. Syarikat ini juga melatih penganggur> membaiki peralatan elektrikal, lantas memberikan kepakaran baru kepada> warga tempatan. > > >

Fifteen dan Bulky Bob’s merupakan contoh keusahawanan sosial yang> agak besar. Kebanyakan keusahawanan sosial di Britain sebenarnya adalah> perusahaan kecil. Contohnya ialah syarikat Catering to Order yang> beroperasi di selatan London. Saya mengenali syarikat ini melalui salah> satu projek yang saya uruskan. Pusing gantinya tidaklah terlalu besar> tetapi sejarah syarikat ini amat menarik. > > >

Pemilik Catering to Order ialah rakan saya yang buta dan berkulit> hitam. Oleh kerana beliau sukar mendapat pekerjaan tetap, beliau> memilih untuk menubuhkan syarikat katering sendiri. Disamping untuk> menyara diri, matlamat beliau ialah untuk membantu mereka yang juga> cacat penglihatan seperti beliau. Kini Catering to Order mempunyai> empat belas orang pekerja. Semasa melawat pusat operasi syarikat ini,> saya terpegun melihat para pekerja yang cacat penglihatan boleh> menyediakan makanan yang berkualiti dengan begitu baik sekali. Mutu> perkhidmatan syarikat ini terbukti apabila mereka memenangi bida> terbuka untuk membekalkan makanan kepada pihak berkuasa Olimpik 2012. > > >

Semua keusahawanan sosial ini mempunyai dua persamaan iaitu mereka> mempunyai matlamat sosial yang jelas dan mereka menggunakan model> perniagaan yang kompetitif. Ada yang mahu membantu orang kurang upaya> untuk mendapat pekerjaan. Ada yang mahu memastikan anak-anak muda tidak> dilanda keruntuhan moral. Ada yang mahu menyelamatkan alam sekitar.> Tetapi semuanya bersaing untuk menawarkan perkhidmatan berkualiti> tinggi di pasaran terbuka tanpa mengharapkan layanan istimewa daripada> kerajaan. > Setelah tiga tahun bergiat membangunkan keusahawanan sosial di> England, dan menjelajah ke pelbagai tempat di sini untuk> mengembangkannya, saya kini yakin bahawa sudah tiba masanya negara kita> juga meneroka dan membangunkan model perniagaan baru ini. Sewaktu> ekonomi dunia sedang gawat, keusahawanan sosial boleh membantu> mengurangkan perbelanjaan kerajaan tanpa menurunkan kualiti> perkhidmatan awam. Kita tidak perlu bermula daripada kosong.> Berdasarkan pengalaman saya, saya percaya banyak perkara yang telah> dicuba di United Kingdom ini yang boleh di bawa ke negara kita.> > >

Wan Saiful Wan Jan ialah
Ketua Pengarah Malaysia
Think Tank

Friday, January 22, 2010

PRODUK KUIH MELAYU

KUIH MELAYU dulu dijaja olih budak pompuan secara berjalan dari rumah ke rumah. Mereka mengendong bakul/bujam yang dipenuhi berbagai kuih. Selain itu, KUIH MELAYU juga diletak di gerai makan-minum MELAYU.

Saya fikir keadaan seperti itu amat leceh dan sedikit sahaja KUIH MELAYU dapat dijual setiap hari. KUIH MELAYU hampir tidak terdapat di Pasaraya sebagaimana roti/burger. Malah, tidak terdapat Restoren menyediakan KUIH MELAYU. Kenapakah keadaan begini terjadi.

Saya telah memikir keadaan ini dan mengkaji sebab terjadi begitu. Jawabnya ialah PENIAGA MELAYU tidak beri perhatian. Mereka beri tempat/ruang kepada ROTI, AKHBAR dan seumpamanya. Di Pasar Malam pun, KUIH MELAYU tidak dijual sesiapa sehingga tahun 1970. Mereka yang berniaga KUIH MELAYU pun ketika itu diselangi bihun, mee, laksa dsb.

Sejak tahun 1980, saya mulai berniaga KUIH MELAYU secara besar dan teratur. Sejak itu,saya lihat ramai PEMBELI datang dan pesan. Malah BEKAL tidak cukup karena permintaan untuk JAMUAN, HIGANGAN RINGKAS juga MAKANAN SEGERA. Saya telah menambah jumlah PEMBEKAL dari kalangan SURI-RUMAH. Seramai 40 suri-rumah DATANG dan mereka setuju menyediakan BEKAL HARIAN.

Olih itu, saya yakin bahawa KUIH MELAYU bukanlah tak laku tapi ia tidak diurus olih PENIAGA MELAYU yang rasa tak yakin. Saya telah menyiarkan KUIH MELAYU didalam internet melalui website percuma saya dan banyak pehak berminat untuk mendapat BEKAL dari saya. Tapi, saya tidak berdaya mencari SURI RUMAH lagi karena mereka memilih roti pulak. Namun, perniagaan KUIH MELAYU ini masih berpotensi sebagai komersil dalam KOMUNITI MELAYU skrg.

Sesiapa berhajat mendapat BEKAL, sila kontek saya atau ajen jualan saya.

NIAGA KONGSI DALAL

PENIAGA MELAYU yang berhajat BEKAL( kuih) setiap hari, eloklah bertanya PENGEDAR KUIH mengenai KADAR KONGSI DALAL. Kita perlu memahami, KUIH MELAYU sukar didapati. Kita terpaksa meninjau kawasan perumahan/kediaman, cari dan tanya pompuan disitu seorang demi seorang, siapa pandai buat KUIH MELAYU. Ramai SURI-RUMAH tak tahu buat KUIH MELAYU kecuali mereka dilatih sejak budak buat kuih.

Langkah terbaik,saya rasa, kalau PENGEDAR KUIH tanya mika, mika jawab. Mika nak bekal tiap minggu. PENGEDAR KUIH ini sebenarnya ambil kuih orang/suri rumah dari rumah ke rumah. Mereka edar ke premis yang janji akan bayar bila BEKAL diserah. Mereka dapat DALAL jika laris/laku.

Kalau mika pun minta DALAL dari PENGEDAR KUIH ini....jawabnya boleh belah lah lu. Jadi, biarlah dia offer KADAR KONGSI DALAL dengan mika. Lazimnya, kadar ini sekitar 15% pada jumlah 100 ketul ke bawah.

Mereka akan datang ke premis mika dan susun KUIH MELAYU yang mika pesan/janji terdahulu. Lepas itu, mereka hulur BILL TUNAI pada mika dan mika bayar saja. Sebabnya mereka nak pergi ke premis lain pulak. Prosidurnya sama seperti ROTI,akhbar, majalah iaitu mereka letak dulu dan baki mereka tukar baru

Saturday, January 16, 2010

PRODUK KUIH MELAYU

Sebenarnya PRODUK KUIH MELAYU banyak jenis/nama tapi jumlah PEMBUAT-KUIH makin merosot. Mereka tidak menguasai RECIPE dan PROSES yang asli. Produk paling banyak ialah NASI LEMAK yang kini berbagai rupa dan rasa. Soalnya, tidak ramai MELAYU mahu cebur PERNIAGAAN RUNCIT, jauh sekali PERNIAGAAN BORONG.

Kita perlu mengkaji sebab PENIAGA MELAYU tidak dilahirkan olih KOMUNITI MELAYU sendiri. Kenapa orang MELAYU nampak sepi pada perniagaan padahal INCOME berasaskan UNTUNG boleh diperolihi melalui aktiviti ini.

PERNIAGAAN RUNCIT

Berbagai PERNIAGAAN RUNCIT diwujudkan PENIAGA MELAYU tapi ia tak mampu memenuhi hajat KOMUNITI MELAYU hari ini. Sebabnya ialah BARANG yang dipamer sedikit dan HARGA yang ditawar TINGGI/mahal. Selain itu ialah berkait LAYAN pada pembeli lambat.


Kalau ditanya PENIAGA MELAYU sebabnya itu terjadi, mereka bercakap mengenai BEKAL yang dipesan lambat sampai ke premis, pembekal lebih penting peniaga China dan mereka tidak mendapat diskaun besar.


Apakah pendapat atau pandangan anda